Pages

17 Julai 2010

Daging Goreng Batang Leek




Daging lagi ya tuan/puan.... aku memang suka daging... kena pula daging tempatan. Memang manis rasanya. Sementara masih segar, masak saja terus...

Daging goreng ni simple saja... goreng daging macam biasa. Penambahan batang leek sementara masih bersisa... pertama kali beli batang leek ni. Jangan gelak ya, saya bukanlah beridea kreatif dalam masakan.. kena membaca di blog masakan otai lain baru lah berkeinginan hendak makan.... apa pun, batang leek ni saya sorang je la makan... orang lain, tolak tepi segala sayur-sayur ni.

Kalau nak ikut resepi orang jimat ni..silakan ;)


Resepi Daging Goreng Batang Leek.

Daging potong kecil, gaul garam + kunyit = goreng garing. Kecilkan api, ketepikan lebihan minyak.... masukkan bawang besar potong bulat bersama batang leek yang dipotong serong. Goreng lagi sehingga layu dgn api sederhana. Tambahkan perisa saja jika perlu. Tak perlu tambah garam kerana daging goreng awal tadi sudah siap bergaram...

selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. waahhhh best nie... bley cuba... batang leek tuhhh...errrmmm cam ner yer rupernyer...hehehehe

    BalasPadam
  2. Batang leek semacam daun bawang..tp batang dia besor

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..