29 September 2010

Bubur Kacang Berdurian


Baru siap masak bubur kacang berdurian. Durian pulak en daddy beli semalam... sedap manis lemak berkrim!...

Peti ais kami dah pulih... nasib baik bukan motor rosak... yang rosak timing penyejuk tu... bayar RM110 kat budak yang hantar siap berangkat ke dapur lagi...berhamik berhantar.... repair di Tumpat... orang Siam. Terima kasih ya dengan serbis yang cepat.. 2 hari je dah siap!

Malam tadi merempit kami ke Tesco beli barang dapur. Memenuhkan peti ais yang dah lapang.. banyak gak barang aku dah buang... kebanyakannya bahan buat biskut le... ada yang dah nak dekat x-pired!. Gantikan jugak arang yang dah lama..rasanya 6 tahun tak bertukar..hehe patut la aroma peti sejuk aku kemain harum lagi.... arang kayu menghindarkan bau kurang enak peti ais... ingatkan mitos...rupanya betul la... masa beli peti ais panasonic tu, mmg dah ada satu tpt utk letakkan arang kayu!

2 ulasan:

  1. dah lame kite tak makan bubur durian kak. sedap nyer.:)

    BalasPadam
  2. @shimahuhu ada durian berbaki...teringin pulak nk makan bubur.. jemput makan...

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..