24 Oktober 2010

Contact Lens Pertama Aku


mula-mula gelak dulu... gambar edisi kawaii la kunun.. padahal tak seswai dah dgn usia plus tak berapa nak kiut. maka aku crop je kasi potong pemandangan yang tak sepatutnye...

Masalah mata kerabunan dari form 3 lagi. Dedulu memang pakai spek mata. Study di UPM pun mentain lg pakai spek memandangkan aku rabun jauh. Dah la datang kelas lambat, duduk pulak belakang. Terkedip kedip mata memfokus kalau tak pakai spek.

Sejak kawin ntah mana aku campak spek. nak buat pun malas sebab aku tak berapa pandang jauh-jauh.. pandang en.somi depan mata jek... wakakaka cerah la mata aku. itu lebih afdhal kan..

sejak berkraf, pegang jarum plus usia dah semakin meningkat rumaja ni.. mata semakin teruk lah. nafsu nk buat spek tu ada... tapi macam malas je kan... kalau boleh buat spek mata online kan bagus.

ari tu tertengok satu budak kat facebook dok tag member aku contact lens macam-macam pesen. uih, baru aku tau contact lens sekarang boleh menjulingkan mata orang yang memerhatikan mata anda. dulu aku ingat roomate aku di UPM pakai contact lens kaler hazel. berpinau mata aku tengok mata dia. contact lens sekarang kiranya lebih advance tapi harga bajet. nak yang berpusing bagai puting beliung ada. nak besar kecik ada. nak macam-macam color pun ada. pink, merah, biru, hijau, kelabu, hitam, coklat fuh!!! aku tengok pun tak tau nak pilih mana.

nawaitu memang nk yang berpower. siap dengan power tu. tapi aku pun tak pasti berapa dah power aku sekarang. malas lagi nak pergi cek. aku tanya budak jual tu, aku nak power sedang2 (tak sampai 100) dia kata ada!.. bila dah oder sampai ke tangan aku 0 la pulak. aku tanya nape tak de power, dia boleh kata tak jual power below 100. amboi

sebab tak ada power, aku baru pakai sekali. ini kontek lens pertama kali aku beli dalam seumur hidup. pilih kaler hitam. tapi ok la, buat perasan cuter seswai la. aku pakai sekali ari tu, rasa kureng selesa pun ada. rasa nak tonyoh2 mata sebab ada bendasing di situ. nak tido dalam kereta pun kontrol lagi takut merah pulak mata hehe.

tak tau lagi bila nak pakai, sebab kalau nak pakai ko kena make up dan dress up awal 1 jam sebelum gi dating.


nota : aku baru baik demam + selsema + resdung yang kronik. sian, resdung aku (sinus elergi habuk) semakin kritikal aku rasa. kelmarin beli ubat titis + ubat selsema baru baik sikit. Panadol soluble dah tak boleh jalan.. huhu

4 ulasan:

  1. Ohh biru mata hitamku :D
    Fizan vogue!

    BalasPadam
  2. waww mama mabeless niehh

    kak kat kbmall kdai sbelah kfc tu de jual cntact lense pd harga yg murah...
    brand yg sama tp kat kdai lai mhal sket.. tak tau lahh naper kat situ murah.
    tp ke situlah daku terjah hehehhe

    BalasPadam
  3. @eRiNsZoo kedai optikal baru bukak tu kan. selalu nampak promo diskaun. tp mmg tak penah singgah. nk buat spek mata ni..nanti try jenguk sat la..
    dah berapa bulan erinz?

    BalasPadam
  4. @AyzaStudyohaha sekali je pakai ayza. bukan biru, tapi hitam..malu pakai lain2 warna..sedar diri tak berapa kiut pakai yg pelik2.. hahah

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..