Pages

16 Januari 2011

Nasi Air Siam


Pertama kali aku makan nasi air masa mula-mula pindah ke Kelantan.. tapi aku ingat, nasi air ni sama macam 'moi' orang utara panggil..cuma ada beberapa bahan yang lain sikit... susah nak cari nasi air yang sedap....kalau dapat yang power enak, fuh....makan hingga ke titisan terakhir.

Paling sedap buat masa ni nasi air yang terdapat di Food Village, Jln Pengkalan Chepa.. restoren chim chum ala korea ni, dulu dekat gile dgn rumah lama aku..tp tak pernah singgah pun.. dah duduk jauh baru la ada makna nak pergi kan..macam jauh gitu.... = memang enak gilak!

Ok, aku ada buat nasi air...resepi google la..aku tak konfiden pulak nak membuatnya.. hihi rupanya senang je...

Kalau ada telur asin, lobak masih..kasi letak la..memang sedappp... ni kalau demam ke, selsema ke..pening2 ke..elok la makan...


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • Nasi - dimasak sedikit lembik

  • Daging - 1/2 kilo
  • halia - 5 inch -ditumbuk lumat
  • cili padi (hijau atau merah) - segenggam
  • cuka makan - 3 atau 4 sudu besar
  • garam,gula sesedap rasa

  • BAHAN TAMBAH
  • ikan bilis - digoreng garing
  • bawang goreng
  • bihun - 1/4 dari plastik. Dibasuh dan sejat. Digoreng dalam minyak
  • air lada (cili) - sila rujuk cara membuat
  • daun sup - dihiris halus-halus
  • limau nipis/limau kasturi - di potong (utk diperah semasa makan)
  • **bahan tambah ini-perlu dihidangkan dalam bekas berasingan. Memudahkan anda untuk menambah apa yang anda suka ketika makan.

Cara-cara

  1. Masak Nasi seperti biasa cuma lebihkan air sedikit.

  1. Daging tersebut -dipotong besar-besar dan direbus dlm air yang banyak. Setelah masak - Air daging tersebut dipanaskan semula dan ditambah garam dan gula sesedap rasa. Kalau rasa tak cukup utk seisi keluarga (bagi yg suka kuah byk) boleh tambah air lagi.
  2. Daging yang direbus tadi - dipotong/disiat kecil-kecil dan digaul dengan halia. Seterusnya digoreng hingga garing.

  1. Air lada - Cili padi ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam mangkuk kecil-tambah cuka, gula dan garam sesedap rasa.
Semua sudah siap. Bolehlah ambik satu senduk-masukkan air daging-masukkan semua bahan tambah-gaul2kan semuanya-MAKAN-kalau tak cukup pedas-tambah air lada :).

TIP- bahan yang perlu digoreng ialah - bihun, ikan bilis, daging. Anda perlu menggoreng ikut aturan bihun-ikan bilis-daging. Kalau goreng daging dulu nanti-serdak dari halia tersebut akan bercampur dgn bihun atau ikan bilis.

CARA MAKAN- ambik nasi sesenduk-masukkan air daging yang tengah panas tu-kemudian di masukkan segala bahan tambah. Sedap dimakan panas-panas apalagi kalau semakin pedas. Jaminan 100% sedap!

4 ulasan:

  1. sy org klntan..panggil nasi air je..bile dok kl sy kte nk mkn nasi air kwn2 gelak..rupenye panggil bubur nasi..hu3

    BalasPadam
  2. saya dah duduk banyak negeri & jumpa macam2 versi nasi air... kelantan/t'ganu mmg panggil nasi air saja..tpt lain ada panggil bubur nasi.. belah utara sebut 'moi' cara masa sama..cuma ada certain bahan x ada..tp kalau campur semua memang sedap!

    BalasPadam
  3. ooo nasi air rupanya lebih kurang sama dgn bubur ye. tp tgk resepi tu ada lain sikit dgn bubur nasi di johor. kami tak bubuh bihun dan liamu nipis. kalau bubuh suhun goreng dipanggil soto pulak.

    BalasPadam
  4. Rindunyaaaa nak makan ni😢😢😢
    Kt tempat lain susah nak jumpa. Tq sudi share resepi nti nk cuba buat.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..