3 April 2011

Ampaian berjasa selama 7 tahun


Usang... tapi jangan menilai pada rupanya.. tetapi pada jasa & baktinya.

Ampaian aku ni jenis pasang bukak. Jenis gantung & sangkut saja di mana-mana lokasi yang strategik. Boleh gi ikat pada tiang juga. pernah berbakti sebagai tali buaian anak aku juga. Hebat!!

Usia telah menjangkau 7 tahun. Sejak aku menetap di Pahang (Temerloh) lagi. Aku ingat, aku beli tali ni di Temerloh. Sampai sekarang kukuh lagi. Termasuk juga pengepit kain ni ye.. baru-baru ni je dah reput di mamah masa.. berjemur berhujan.. hampir tamatlah tempoh hayatnya.

Baru-baru ni en.suami membelikan aku ampaian baru. Jenis sangkut dan boleh di ejas-ejas. Lekat di pagar (pagar batu). Tetapi memandangkan ampaian tu boleh muat untuk kapasiti kain yang kecil, maka jasa tali usang ini masih diperlukan khidmatnya...

Jangan habis madu,sepah di buang... Jangan mendengar guruh di langit, air di tempayan di buang.. tamau! tamau! tamau! - pakai je sampai lusuh!

2 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..