Pages

10 April 2011

Buah Mahkota Dewa



Syukur.. dalam banyak-banyak putik bunga tempohari (entry SINI) akhirnya ada juga lekat menjadi buah. Saban hari proses pembesaran buah ni semakin ketara. Baru-baru ini aku menaburkan baja.. baja pun ambil dari rumah mak di Perak. Tak pasti baja apa, kurang arif juga aku ni pasal baja. Tapi mak kata..dia selalu taruh baja itu saja di tanaman sekeliling rumah terutamanya pokok cabai burung (cili api) dan lain2..menghijau merimbun...aku pun tak kisah, asalkan berbaja pokok ku sudahlah.

Pokok ni aku tanam dalam pasu saja. Rasanya tidak akan di tanam di tanah kerana kawasan tanah yang limited dan tak mahu mengganggu laman orang sama nanti dengan daun gugur nanti.

Harapnya buah ni membesar dan masak lah.tak sabar nak proses menjadi herba.. boleh kirim pada mak.. mak ada sakit darah tinggi..boleh rebus dan minum airnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..