2 April 2011

Mee Celur & Sos Tiram


Apa yang boleh ku katakan - LAZAT!!!

Semalam aku mencuba resepi dari buku yang aku beli... bahan yang digunakan tersangat lah basik dan tak perlu la beria-ia sangat memasaknya. Ada certain aku alter bahannya.... mudah tetapi lazat. Dengan sebungkus mee, biasa tak habis pun... kali ni memang licin.


Mee Celur & Sos Tiram.

Bahan:

100g dada ayam
100g udang
1 batang lobak saiz sederhana
sedikit kobis bunga
2 batang putik jagung
100g sawi
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2-3 biji cili padi *nak pedas tambah lagi
**bahan2 ni potong la kecil-kecil

5 ulas bawang putih
*bawang ni nak cincang halus ok, nak tumbuk pun ok

minyak menggoreng seadanya

stok ayam/ *kalau tak ada ganti dgn kiub ayam
5 sudu besar sos tiram
air secukupnya
1 sudu tepung jagung *digaul dlm air
garam & bahan perasa

Mee - di celur


CARA MASAK:
  1. tumis bawang putih sampai naik bau..
  2. masukkan ayam dan udang..tumis 3 minit
  3. masukkan air & stok ayam renih hingga mendidih, masukkan sayuran kecuali sawi. Renih 5 minit @ hingga agak lembut lobak tu
  4. masukkan sos tiram..kacau rata 3 minit
  5. masukkan tepung jagung,garam & rasakan... dah ok boleh hidang dgn mee celur tadi..

makan panas2 dgn jeruk lada....

2 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..