20 April 2011

Mee Udang


fresh form periuk kekdahnya. Teringin pulak mee udang setelah melihat mee kak Amida-Dubai. Kebetulan bahan semua ada.. senang sangat buatnye.. sejam je siap semua..simple. Korang boleh nampak lah.. makanan fav aku semua jenis noodles je..hehe tak ada beriani gam bagai...


Resepi Mee Udang. (semua bahan adalah bajet2 untuk 2-3 orang mkn)

BAHAN UTAMA
  • 1 paket mee kuning celurkan.
  • Udang dlm 10-20 ekor tengok la kalau udang beso..kalau kecik lebih2kan lah.
  • Air rebusan kepala udang & kulit udang yg telah dibersihkan terlebih dahulu. (aku guna separuh kiub bilis.)
  • Garam/bhn perasa
  • air secukupnya
  • minyak utk menumis

BAHAN HIASAN
  • taugeh
  • cili merah
  • bawang goreng
  • telur rebus
  • daun sup/bawang

BAHAN KISAR
  • 3 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai saiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering (kalau x ada ganti terus dgn cili boh)

CARA MASAK KUAH
  1. tumis bahan kisar sampai naik minyak
  2. masukkan air rebusan udang atau air bersama kiub bilis. Renih sampai mendidih. Masukkan udang. Bila agak udang dah nk masak boleh perasakan dgn garam.
  3. Tutup api.
  4. Boleh la hidangkan bersama mee kuning. Hias dgn hiasan yang ada.

Budak2 boleh makan sebab tak pedas sangat.. pas tu ada pulak udang besar-besar lagi le deme suka. Kalau nk sedap lagi boleh letak fish cake ke..fish ball ke.

2 ulasan:

  1. Terasa lapar plak..hehe

    Singgah gegar sini..salam kenal..nak follow boleh?

    Latest Entry : Jom Merempit dengan ChurpChurp!!! Ada berani?!!!

    BalasPadam
  2. sedapnyee!!


    hye..dtg blogwalking kat cni =)

    Nurulfzz.blogspot.com

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..