19 Mei 2011

sukaneka sekolah Aleeya & Zulaika


Acara berlangsung pagi dari. Menurut Aleeya, pelajar tahun 3-6 akan melakukan larian merendas desa. Bagi tahun 1-2 ada sukaneka dan pertandingan mewarna untuk mereka.



Sekejap je aku datang tengok. Masa sampai ni jam 9.00 pagi dorang tengah senamrobik. Macam-macam perangai lah dapat tengok. Cikgu-cikgu yang bersunguh-sungguh.. anak murid bermain sesama sendiri.. aku ketawa melihat kelatah lucu. Asal habis satu lagu, barisan paling tepi (pra tadika & tahun 1 barangkali) cepat je berlari ke tepi padang hendak mencapai bekas minuman masing-masing, tapi di tegah cikgu..acara belum habis.

sebelum matahari memanchor terik, aku tarik tangan izzaty... balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..