27 Jun 2011

Hobi En Husband~ kumpul duit lama


Suami sedang gigih mengumpul wang lama termasuk syiling dan kertas. Kebetulan ada wang syiling lama yang masih aku simpan. Suami aku ni tak berapa gemor duis syiling dalam poket, berat kan... so dulu belambak la dalam kereta. Itu pun beratus juga dah masuk dalam bank simpanan anak-anak (bahagi 3 orang).

Yang berbaki ni yang masih aku simpan dari rumah lama (Jln Pengkalan Chepa). Masih tak berusik. So, korek korek dapat la duit syiling lambang parlimen paling lama pun tahun 1967. Agak kalau korek lagi dalam kotak yang ada bawah tangga sure jumpa lagi lama kut..sebab aku ingat, duit syiling suami aku ni mmg banyak. Ada dalam macam-macam tempat..aku pun malas nk kutip..

Duit syiling RM1 (warna emas) tu pun kebetulan ada beberapa ringgit dulu aku tak belanja (masa stay di Kedah around 2002/2003) sebelum penggunaan duit RM1 syiling di mansuhkan. RM2 wang kertas pun ada beberapa keping.. huhu


Suami dah collect duit dari 5sen sampai RM1 syiling. Kalau ada lagi simpan lah...buat khazanah dan warisan.. anak-anak pun boleh tengok.

Sekarang nilai matawang lama pun dah tinggi youuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..