Pages

3 Julai 2011

1 Sukan 1 Sekolah 1Malaysia



















Semalam pagi Sabtu segala kelas tuisyen dibatalkan dan di bawa ganti pada waktu petang berikutan ada sukan 1 Malaysia di sekolah anak-anak aku.

Macam biasa aku hantar ke sekolah jam 6.50am since kalau ikut program start jam 7.10am.. Nampak di padang kemah dan kanopi rumah dah siap terpasang. Aku janji dgn anak aku nk datang jam 9.00am.

Meriah tau.. Seronok tengok anak-anak kecil bersukan. Para guru memberi sokongan pada rumah masing-masing.

Acara untuk ibu bapa pun ada.. Tp aku tak joint la..

Aku stay sekolah sampai habis. Buang minyak kereta je dok ulang alik. Cuaca baik pada hari sukan. Tak panas.. Tak mendung.. Cuma bila dah jam 1 tu.. Biasa la terik berbahang. Apa yang nampak, budak skolah memang enjoy sangat.

Hadiah sukan mmg best dan sesuai dgn budak-budak iaitu tipuware. Lagi banyak koleksi lagi bangga.. Ada juga barang boleh nak tayang pada parents dan adik beradik. Macam kau orang x biasa.. Aku mmg biasa la time skolah rendah dulu.. Best woo dapat hadiah walaupun tipuware.

Anak aku, Aleeya je dapat hadiah. Team dia juara acara bawa bola dengan raket badminton.. Zulaika, tak ada....

Apa pun.. Budak-budak seronok sangat... Kenangan pertama kali bersukan buat Zulaika dan 2nd time utk Aleeya.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..