Pages

19 Julai 2011

Memburu Antik


Lokasi paling hampir kami pergi ke sekitar Bazar Buluh Kubu. Ada beberapa peniaga menjual beberapa barangan lama termasuk syiling dari pelbagai negara. Tapi kena pandai cari dan pilih. Yang penting kena tahu market value. Kalau tak, sesenang kena 'kencing'. Jangan jahil sangat.. Ada juga duit palsu..







Ini syiling lama bersaiz besar. Antaranya adalah 'duit yassin'. Orang dulu-dulu ada simpan ni. Tapi aku x ambil. Ada gambar orang pegang macam tombak/lembing. X berapa minat.




Koleksi barangan tajam termasuk kacip pinang. Arwah nenek aku dulu pun ada. Mesti dah buang agaknya. Tajam kacip nenek aku dulu. Aku selalu tolong dia kacipkan halus-halus pinang tu. Nanti keras katanya. Kalau kacip halus, manisss je rasa pinang tu masa makan dgn sireh. Aku x penah makan sireh. Pedas aku rasa..




Setelah barang dicari tak jumpa.. Balik lah kami.. Nak jemput Zulaika habis sekolah.







- Posted using BlogPress from my iPhone

2 ulasan:

  1. best jugak ada temapt mcm ni kan

    BalasPadam
  2. best..pelancong pun ramai juga datang tengok2...tp kn ada org perantara lah...tp mmg ramah pelancong asing ni..haha macam2 brg yg x penah kita tengok pun ada kak...

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..