Pages

11 Oktober 2011

Bila Anak Menjadi Bos, Ibu sendiri menjadi KULI.

saya terbaca status seorang rakan di facebook. hati tersentuh.... terima kasih Syima Syawal.

Bila anak menjadi bos... bila ibu menjadi kuli...

Wang dihulur,
sebagai upah menjaga keturunan yang masih kecil,
ada kerja adalah upah,
biarpun si ibu tangan bergetar...

Berlari2 berkejaran,
waris jatuh tersunggkur,
ibu juga dipersalahkan,
kerana lalai dalam 'pekerjaan'

Si ibu hanya mengangguk,
bila si anak beri kata dua,
tidak ubah seperti kuli,
yang makan gaji dengan majikannya.

Bukankah itu tanda hari kiamat?
ibu jadi kuli kepada anak sendiri?
kemana hilangnya sifat2 kasih si anak?
patutkah si ibu mencebok punggung warisnya?

Tidak mengapa,
daripada orang lain jaga,
lebih baik ibu jagakan...
kami beri upah...

alangkah aibnya dunia,
bila petanda2 kiamat semakin berleluasa,
angkuhnya si anak,
membiarkan si tua manjadi kulinya...

wahai dunia...
dengarlah rintihan si tua...
amal ibadah yang sepatutnya dilakukan dengan sempurna,
terganggu dek waris yang ada...

wahai dunia...
bilakah? bilakah kebinasaan akan terjadi?
menghancurkan si anak yang derhaka,
walaupun sangka mereka, mereka tidak melakukan satu dosa....

patutkah?
si ibu menjadi kuli...
si anak menjadi bos...
patutkah wahai dunia?

arrggghhhh????
mengapa manusia semakin buta?

--------------

Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

2 ulasan:

  1. sedihhhh....ramai jiran2 saya yang lama menjadi kuli kepada anak memasing..saya tak sanggup mak saya jaga anak saya..kerana itu saya sekarang suri sepenuh masa huuuuuuuuuu...

    BalasPadam
  2. sedih kan...tak sanggup tengok mak sendiri dibuat mcm tu...

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..