27 Oktober 2011

Ribut 10 minit



Rentetan kejadian banjir di Bangkok.. Pantai Timur terutamanya di Kelantan ni sudah mulai hujan. Tak kira hujan renyai....lebat.. tapi memang sudah turun hujan. Air di sungai kelantan sudah nampak berkeladak keruh dan nampak paras air sudah naik. Walaupun di Kota Bharu tidak hujan...tetapi di kawasan lain hujan.

Kota Bharu ni kira sudah betul di tepi pantai... so, paras air tu memang nampak lah naik walaupun tak hujan. Keruh tu macam air teh ais. Kalau pemandangan dari atas awan (kapal terbang) lagi nampak perbezaan air campur dengan air laut tu... berkeladak + air laut yang biru....

Kelmarin dari Kedah, kami lalu di Rantau Panjang. Dah nampak preparation untuk banjir. Ada satu kawasan tu, sepanjang jalan mereka telah pacak tiang mengukur paras air tu.... Rantau Panjang kan betul-betul sebelah Sungai Golok yang tak berapa dalam tu... air bila-bila masa akan naik!

Semalam petang, tiba-tiba je angin deras menerpa. Abis terbalik pasu-pasu bunga.. Melayang-layang pokok gantung. Eii seram juga... kalau rumah di kampung tu..teringat dulu, sampai tercabut atap... sehinggakan Abah melaungkan Azan!

Mujur sekejap je angin kuat ni.. macam ribut dalam 10 minit. Kalau berlarutan, mesti boleh tercabut juga geting atap...


2 ulasan:

  1. semoga kita selamat dari bencana. risau jugak dgn kejadian banjir di bangkok, kalau berterusan adakah perlis, kedah, kelantan dan negeri seangkatan yang selalu banjir akan terjadi juga?

    BalasPadam
  2. itu lah mak su.. kasihan dgn penduduk yang kena banjir tiap2 tahun kalau ikut, semua rumah di Rantau Panjang tu dah naik reput dibuatnya..rumah papan dah buruk uzur semuanya...huuu

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..