Pages

28 Oktober 2011

Titisan di pagi Jumaat


*pokok telang telah mengeluarkan pucuk baru dan membuat satu lingakaran kecil di batang kayu.. pokok Siti Zubaidahku telah gugur bunganya...nampak batangnya juga telah semakin tinggi..juga perlu di pancang supaya tidak melentok batangnya... Kelihatan juga pokok rose kampung fairy Pink saya telah semakin rimbun daunnya... sedikit masa boleh keluar bunga (hati ku berbunga-bunga!)*


Jumaat yang dingin.
Hidung ketat tidak boleh bernyawa. Ohhhh selsema sudah!

Pagi tadi cuaca ada nampak cahaya matahari. Girang hati hendak membawa baldi berisi basuhan semalam untuk di jemur di ampaian. Sementara tu sembat mencapai baja organik yang di kirim rakan facebook untuk di letakkan di pokok rose aku tu. Sempat juga menyiram semua pokok menggunakan paip.

Baru masuk rumah, nampak titisan hujan turun......





Terbantut hendak menjemur kain di luar. Mujur rumah dua tinggat. Apa lagi, tangga lah jadi mangsa... kamu orang jemur di mana? Kami tiada lagi atap tambahan di dapur yang boleh di jadi tempat sidaian... dalam bilik air pun, lembab sentiasa tak elok juga...berbau baju... tempat paling cepat kering adalah di tangga rumah... sebab kena dengan kipas angin di bawah ni. cepat dia kering :)

Musim terngkujuh dah ni... Hari ni pun Jom Heboh Tv3 dah start. Alahai... hujan hujan ni leceh sunggun nak berjalan.... nak tengok pengacara TV3 semua bertudung???? mari lah datang Jom Heboh....

1 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..