13 September 2012

Deko Rumah Yang Simple.



Rumah aku konon konsep ala English. Tapi kan.... macam rojak je...hiiiii.... masa duduk menyewa rumah teres, teringin rumah dua tingkat.. bila dah duduk rumah dua tingkat, padan muke sendiri.. penat wei nak mengemas.. kemas atas, bawah sepah. Kemas bawah, atas sepah pulak. Dengan sawang yang susah nak sapu sebab tinggi lagi di bahagian tangga tu... gayat!

Area rumah aku ni entah kenapa banyak betul habuk dan debu.. Ke rumah korang pun sama? Aku ni dah la tak rajin mana.. jadi, tak payah le berdeko sesak penuh barang segala. Simple sudah. Bukan tak mampu, tapi aku tak rajin kemas... aku rasa rumah aku makin kecik pun ye gak bila dah ada meja makan, kabinet tv, sofa.. ok ngam ngam kami 5 beranak duduk santai. Ni kalau sedara mara datang, kompom duduk berlaga lutut. Itu je barang boleh muat... nak renovate bagai, kami bukan nak duduk menetap bermaustatin di sini. Ewww tidak ler wei.... sebarang kara!! sedara mara tak de.. time raya haji kami duduk rumah macam biasa je.. ada kawan pun kat sini aku tak percaya le dah.. serik nak berkawan BFF kononnya dengan orang sini. Aku dah kena KENCING hidup-hidup 2-3 kali dgn orang yang sama hokey..... setan bertopengkan manusia betul.. biar la aku macam ni.. ada kawan pun tak boleh harap.. baik tak ada kawan.. kawan aku semua jauh di pantai barat...hikss




Dan, aku memang kurang rajin menjemput orang ke rumah.. sebab rumah aku sentiasa bersepah.. aku kan bizi... bila rajin je aku kemas. Lagi pulak ada anak kecik ni..adei..penat la.... atas bawah rumah aku nak kemas..luar rumah lagi.. bengkok la tulang..... jadi, somi aku kata tak yah la paksa diri kalau tak larat.... dia pun mujur jenis simple dan sempoi juga.. cuma aku je selalunya rimas dan sakit mata tengok rumah berselerak akibat ketidakupayaan aku nak buat benda yang sama hari-hari...



Kebanyakan barangan seramik aku letak ni PML aku dan somi hunting... mandangkan kabinet display vantage tak de..aku letak je situ..haha ada aku kesah?? banyak lagi dalam kotak.. dalam bilik jahitan aku pun ada pinggan mangkuk. Akhirnya pinggan bunga kangkung juga aku belasah guna pakai hari-hari..... nostalgia masa kecik menggamit.










Itu le la yang ada.. lain-lain biasa je....

rumah korang lagi cantik kut ye......

4 ulasan:

  1. cantik tu fizan.....nampak mewah barang klasik nih...Kak zu pun pakai pinggan mangkok bunga kangkong tu hari2...sama laaaa...bukan ada org nak datang rumah pun...

    BalasPadam
  2. Hehe maksu. Segan aih. Rumah sempoi je. X bole letak perobot byk2.. sakit mata dgn habuknya

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..