16 Oktober 2012

Waffle

Assalamualaikum.. petang tadi terpandang feed home facebook resepi penkek beserta gambar. Tak ingat siapa punya. Sekarang wall pun dah tidak private sejak facebook upgrade kan.. siapa ahli member kita like gambar org lain, kita boleh nampak walaupun tidak kawan.. harap empunya resepi halalkan saya ambil ya... ini saya kongsi la dengan kawan-kawan kut sudi. Saya ni mmg x pandai masak mcm master lain.. setakat mana yg suami dan anak-anak makan boleh la usaha tiru resepi.. masak bersungguh pun deme tak makan buat hati sedih saje hehe..

Oh ya!! Nak cakap resepi ni kompom sedap sama macam kedai ye. Sebijik!!!

Resepi Penkek or Waffle

♡ 2 1/2 cawan tepung naik sendiri. (*nak pakai tepung gandum pun boleh. Tp lagi sedap dan gebu pakai lah tepung naik sendiri)
♡ 1 kecil soda bikarbona
♡ 1 sudu besar gula
♡ secubit garam
♡ 1 biji telur
♡ 1/2 tin susu cair/susu segar
♡ 1 cawan air
♡ 3 sudu besar minyak/butter yg dicairkan

Cara:
Gaul sebati bahan bahan kering. Kemudian buat kawah ditengah tepung. Masukkan susu/air/telur & butter. Gaul dengan pemukul perlahan lahan sehingga sebati. Jika kurang air boleh la agak2 tambah susu or air sikit sikit sampai dapat kepekatan yang sesuai. Pekat dia mcm kita buat lempeng tu...
Kemudian boleh panaskan kuali dan oleskan minyak or butter. Kalau dpt pan yg mmg x lekat tu lg bagus.. masak dgn api yg perlahan ye... sampai kuning dan garing balik2kan ia.

Kalau nk pakai acuan wafle ni boleh taruh aje. Bakar dlm 5minit balik balik atas bawah..nahhh siap dah.

Boleh sapu jem..butter or susu pekat manis.

Selamat mencuba!




3 ulasan:

  1. kak fizan,nak tanya..acuan waffer tuh akak beli kat mana yer,brapa rm eks? resepi tuh pun mudah nak buat kan..masalahnya acuan xde..

    BalasPadam
  2. Yun.. acuan tu akak kirim ngan kawan di Jepun dulu. Dah lama..7 tahun dah.... try tengok di pasaraya or Sen Heng kut ada.. aritu member akak buat bentuk love lagi. Guna elektrik. dia ckp beli di pasaraya je..RM100++ gitu harganya kut.. kalau x de pakai kualai biasa pun boleh. Buat mcm lempeng...

    BalasPadam
  3. kak fizan punya resep kue sus (choux) ga?

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..