Pages

16 Oktober 2015

Aidiladha 2015







Aidiladha 2015. Baru nak update :)
Seperti biasa kami balik kedua-dua kampung. Balik Pahang dulu belah suami, baru balik Perak belah aku. Alhamdulillah dapat juga tengok kedua anak saudara aku yang terlibat kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa mama dorang (kakak ipar aku) dan abang sulung dorang. Actually bekas kakak ipar aku. Baru je bercerai dengan abang aku. Jodoh tak panjang. Yang terselamat hanya 2 orang anak abang aku. Al- Fatihah. Semoga arwah tenang di sana. Yang lepas tu lepas lah... tak perlu ungkit segala salah silap arwah kan. Setakat tu je jodoh dorang.. Setiap kejadian ada hikmahnya. Allah dah tunjuk, yang hidup ni ambil iktibar. Anak saudara aku tu patah riuk tulang dorang. Mak nya berlanggar dengan lori simen di Kuala Kangsar. Memang teruk. Memang ngeri! Sekarang dah buka besi.. dah jumpa fisioterapi belajar jalan balik. Dua2 sekarang abang aku jaga. duduk rumah mak aku. Masa kejadian dorang semua duduk dengan mak dorang.... sudah suratan....

Sebelum bertolak balik Kelantan, sempat singgah rumah adik ipar aku. Ada majlis perkahwinan menyambut menantu.. sedap weh makanan katering tu... sempat juga bergambar di booth photoshoot gini... majlis semakin canggih heheh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..