Pages

16 Oktober 2018

2018 Update Kembali ~ Hai semua!

Assalamualaikum.. bersawang berdebu blog Nazira Story ni. Berkali-kali mencuba password nak masuk entry asik gagal saja. Kena buka laptop baru lepas!

Alhamdulillah keadaan semakin bertambah baik. Aleeya Sofea yang dulu memasuki MRSM Jeli pada tahun 2016, kini sudah selesai menduduki peperiksaan PT3. Lagi dua bulan keputusan keluar. Doakan dia berjaya ya. Niat nak tukar ke MRSM Pengkalan Chepa. Dekat sikit dengan rumah. Tempat lain, semua daddy dia tak luluskan. Jauh! Susah nak balik dan kalau jadi apa-apa susah juga nak pergi jengah.

Zulaika Ardinj sudah tingkatan 2. Izzaty Qasreena kini darjah 5. Tahun depan kita ada dua orang periksa besar!

Ummi pon semakin ceria. Semakin slim. Semakin bertenaga. Alhamdulillah kelas kecergasan semakin stabil. Bersenam untuk sihat. Yang penting kelas ni untuk wanita sahaja. Tak campur! Baru lah seronok bersenam.

Baiklah, nanti sambung lagi.. sekarang guna aplikasi "Blogger" memandangkan dah berjaya update password dan nombor telefon yang baru.

In Shaa Allah akan cuba abadikan kisah keluarga Nazira's yang tertangguh hampir 3 tahun ni. Kisah biasa-biasa, tapi menjadi kenangan masa hadapan.

1 ulasan:

  1. welcome back :)
    kebetulan ari ni aida buka reading list di dashboard.
    pop up la entry nazira yg latest.
    3 thn ye cuti blogging? aduhai.
    thn depan anak aida pun upsr. sama2 la kita kan.

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..