Pages

17 Oktober 2018

Hujan Rahmat

Sebelum ke kelas fitness [ kelas untuk wanita sahaja ] menjadi rutin singgah Petronas dulu beli air. Dapat nilai point kalau gores Mesra Kad. Ini saya suka! Sebaik masuk kereta, ralit balas whatsapps. Bila angkat kepala terpana sekejap, eh hujan! Alhamdulillah... hujan rahmat ni.

Kalau bercakap pasal hujan, semua orang tahu "Hujan itu rahmat Allah SWT" tidak kiralah hujan sekejap, hujan lebat, hujan yang panjang mahu pon hujan beserta ribut.

Dikatakan salah satu rahmat Allah ialah ketika hujan akan ada doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT apabila hamba-hamba-Nya berdoa.

Nabi Muhammad SAW bersabda : "Berdoalah pada waktu mustajab iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.

~Hadis riwayat Abu Daud~ "Dua doa yang tidak pernah ditolak iaitu doa ketika azan dan doa ketika waktu hujan." ~HR.Hakim dan disahihkan oleh Adz-Dzahabi~

Begitu banyaknya nikmat hujan yang telah Engkau berikan ketika dalam keadaan hujan.

Musim-musim hujan ni perbanyakkan berdoa dan ambillah kesempatan ini untuk memohon apa yang dihajati.

- hari hujan tak perlu siram pokok -

1 ulasan:

  1. aida suka remind anak-anak.
    time azan, wajib diam. no talking.
    and wajib berdoa dlm hati. sebab antara waktu yg mustajab.
    in shaa Allah.

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..