Pages

9 Julai 2019

Kek Pisang Lembab


Kek pisang ni buat sarapan pon boleh. Nak jamu minum petang pon tak salah. Nak makan bila-bila tu tak jadi masalah. Bahan senang cari, nak buat pon mudah.

Tinggal rajin atau malas je kan.

Malam tadi balik kelas sempat lagi godek bahan pom pang pom pang mula jam 10.50 malam, jam 12.00 pagi dah siap bakar.

RESEPI:

🍰 Kek Pisang Moist

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
8 biji pisang *
1 cawan minyak*
1 cawan gula kaster*
3 biji telur*

Cara cara:

Satukan tepung gandum dengan baking powder dan soda bikarbanat dan diayak.

Tuang bahan yang dikisar(*) dalam bekas tepung. Kaup balik tepung dan bahan kisar hingga sebati.

Alaskan loyang saiz 8” dengan kertas minyak atau lenser loyang dengan mentega.

Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak.

-Dapur Nazira's- Fizan Nazira

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..