Pages

3 Ogos 2019

Cream Puff Custard Filling

Sarapan pagi hari ni air tangan ummi dorang sebelum pergi tuisyen.

Saya guna resepi ni. Korang boleh #share. Tak payah minta izin. Sebab saya pon buat carian, cuba dan tambah tukar mana yang perlu percuma. Tapi, kalau resepi berbayar saya memang tak bagi. Kita ada perjanjian yang perlu dihormati.

CREAM PUFF GEBU INTI CUSTARD

Bahan bahan:

• 100 ml air

• 45 gram butter - suhu bilik, potong 1cm

• 60 gram tepung gandum - diayak

• 2 biji telur - 100 gram

Cara cara:

-Panaskan oven pada suhu 180 °C. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.

-Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga telur kuning dan telur putih bercampur.

-Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

-Masukkan tepung ke dalam periuk tadi dan kacau cepat-cepat.

-Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

-Masukkan telur, kacau cepat-cepat. Sedia untuk dipiping.

-Masukkan adunan ke dalam piping bag. Gunakan nozel 1 cm.
Kalau tak ada boleh guna bucu plastik yang dipotong anggaran 1 cm.

-Pipe ke atas dulang. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. Spray permukaan cream puff dengan air.

-Bakar dalam oven pada suhu 180°C selama 45 minit. Saya suka rangup di luar, jadi saya biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.

CREAM CUSTARD

Bahan bahan:

•1 sudu besar tepung gandum

•1 sudu besar tepung jagung

•4 sudu besar gula

•200 ml (1 cup) susu segar

•1 biji telur - saiz besar

•1 sudu besar mentega

•1 sudu kecil esen vanila

•Sedikit pewarna kuning

Cara cara:

-Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk.

-Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul ketul.

-Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.

-Masak atas dapur dengan api yang sederhana. Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yang licin.

Hidangkan.

____

• Fizan Nazira •


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..