Pages

20 Jun 2008

Gulai Tempoyak Ikan Patin


Menu Jumaat, 20 June 2008


Gulai tempoyak kegemaran suami akak..Maklum la orang Pahang memang tidak lekang dengan ikan patin nih... minggu lepas balik kampung, akak angkut sebalang tempoyak dari rumah mak... maklum la sekarang dah musin dereyan, tak apa la angkut banyak sekali gus...nanti mak boleh buat lain kan? kan?

Ikan patin akak beli di Tesco semalam...segar-segar ikannya.... siap sauk dari dalam akuarium lagik...

Ini Izzaty dalam troli kanak-kanak tu..terkejut akak tengok bila si Aleeya tolak adik dia dalam ni....huhu sekejap je, lepas tu akak tak izinkan dah..takut terjatuh je, menyesal akak seumur hidup! alamak, nampak serabai pulak dia...haha baru lepas balik dari tolong (tolong tengok je la...) suami akak mengecat bilik di rumah kami tu....




pagi tadi akak b/f Garlic Bread saja....




Resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin

(untuk 2 orang makan)

**2 ulas bawang merah
**2 ulas bawang putih
**2 biji lada kering
**5 biji cili padi (ikut kepedasan yg anda sukai)
**1 inci kunyit hidup
4 sudu besar tempoyak
Ikan patin di siang dan dipotong kecil
1 batang bunga kantan
sedikit daun kesum
2 keping asam keping
air secukupnya

garam dan sedikit gula

++bahan tambahan seperti timun di potong atau rebung


Cara:
Semua bahan ** di tumbuk halus

masukkan semua bahan **, ikan, tempoyak,bunga kantan,daun kesum,asam keping,bahan tambahan bersama air ke dalam periuk. Masak pada api sederhana 15 minit. Letakkan gula dan garam secukupnya...masak lagi 3 minit tutup api..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..