Pages

29 Julai 2008

kek kukus coklat



Sebenarnya badan ku tak berapa sihat....semalam terjatuh dalam bilik air..mak aiii macam nangka busuk.bedebuk!! aku baru lepas mandikan izzaty, sekali nak masuk bilik air semula nak mencuba pencuci muka beli dari kak jamd (mior miracle tu) sekelip mata aku dah berkuak lentang atas lantai...dah la kepala terhantuk di dinding....huhu seb baik tak patah tangan..tapi rasa bahu kiri macam terkehel sikit....sampai hari ni sakit lagi...malam tadi minta asben urutkan...main-main la dia....menyampah betul.... paling last terjatuh dulu masa di kolej canselor...aku pinjam motor (asben) masa tu boipren la sebab malam tu aku ada kelas di DKD. Nak jalan sensorang takut la pulak lalu padang di Kolej Mohd Rashid (KMR-kolej pertama)...paginya aku bangun lambat, asben nak gi kerja (part time) di KLCC - petrosains...kelam kabut aku bangun, di ground floor aku jatuh terduduk coz selipar licin+lantai licin..hahah

pagi ni buat kek kukus moist beli bahan ready mix dari peniagaonline.com (peniaga bernama indays). memang sedap, tidak manis sangat..bukan aku tak pandai buat, biasa guna resepi zaimaa tu.tp sebab malas nak ayak bahan aku beli je dari dia...lain kali boleh oder lagi sebab mmg berbaloi sangat...kuantiti sama je dengan resepi kek kukus zaimaa tu.... topping tu cam hampeh sket....masa tengah panas izzaty dah nangis nak tido....aku letak cecepat semua sekali dan masukkan ke dalam peti ais....wakak sekali dah keras da...tak pe, makan je sebab sedap!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..