23 Jun 2008

Sizzling Yee Mee

Pentang tadi akak buat Sizzling Yee Mee. Memang menjadi kegemaran akak sejak dulu lagi. Lama dah teringin nak masak sendiri.. Akhirnya tercapai hajat akak.... suami pun kata sedap (perggh perasan kejap!!) serupa macam kat kedai/foodcourt tu...



Sizzling Yee Mee

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake (yg kering- rendam hingga lembut dan potong 2)
  • 1 keping dada ayam potong kecil
  • 3 tangkai lada kering di potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 inci halia dihiris nipis
  • serbuk lada hitam
  • garam secukupnya
  • beberapa titik minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
  • minyak utk menumis
cara-cara
  • tumis bawang putih,cili kering dan halia hingga naik bau
  • masuk ayam masak hingga empuk
  • masukkan 2 cawan air
  • masukkan sos tiram,kicap cair,kicap pekat,serbuk lada hitam,garam
  • masukkan cendawan dan sayur lain tunggu 2-3 minit
  • masukkan tepung jagung dan kacau
  • titikkan minyak bijan sikit je tau...
  • masukkan yee mee sebentar dan hidangkan panas2
  • *nak pecah telur pun lagi sedap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..