Pages

6 Disember 2009

Makan Angin di Pantai Cahaya Bulan

Setelah tiada apa yang kami beli di Pengkalan Kubor, terus suami membawa kami ke Pantai Cahaya Bulan. Memandangkan hari cerah, ramai orang mengunjungi tepian pantai ini. AWAS!! Dilarang keras untuk bermandi! Lihat saja ombaknya... Musim tengkujuh belum lagi berakhir.. angin masih kuat.. Laut China Selatan masih bergelora.. ombak memukul tebing batuan yang ditambak untuk mengelak hakisan.. apa pun, ombak memang luar biasa besarnya. Ini kalau terjatuh, mmg hanyut terus ke lautan...ngeri!

Dulu, batuan ini mmg tiada... jadi bila musim tengkujuh datang.. hakisan teruk melanda pantai ini sehinggakan PCB Resort yang berada betul2 di tepi pantai ini, gerai2 makanan seafood terjejas teruk. Sekarang sudah ada alternatif untuk mengelakkan hakisan daripada terus terjadi. Batu-batu besar telah di tambak dan rasanya yang terbaru mereka tambah lagi batu sebab nampak banyak pula dari last time aku datang sini dulu.


Inilah aktiviti anak-anak aku dan adik aku seorang ni... panjat-panjat batu dan mengutip kerang walaupun pasir yang nampak hanya sikit...



Angin kuat, cuaca cerah.. peniaga layang-layang pelbagai bentuk dan rupa dijual...lihat lah... ini kalau nak melayan kerenah anak-anak tak terdaya ler...angin dah kuat, nak naikkan satu hal..nak kawal pun satu hal..itu belum masuk bila tiba-tiba angin kus-kus budak-budak ni mai...haru!!


Aktiviti makan ais krim.. murah je ais krim di sini... sebelum kami bertapak ke KB Mall pula...




NOTA: Thank you En.Hubby.. gambar-gambar yang sangat menarik!!


Feluk Shiom..

post signature



Tiada apa yang dipinta, hanya secebis komen ikhlas saja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..