22 April 2010

Ikan Masak Kicap


U ols buat ikan masak kicap sure complicated punye details kan.... Aku suka ikan masak kicap ni... sebab rasanya...tak tau nak cakap..tp mmg sedap la..dengan ikan goreng ala-ala garing sket... Aku masak simple je... ada kicap, bawang, lada...letak sekeping asam keping...fuh!! tak payah dah serai ke... bunga cengkih kulit kayu manis bagai... simple ni pun, rasanya walahhh bertambah aku makan....tambah ratah ikan la yer... aku kan diet, makan nasi cukup sekali je.


Resepi Ikan Masak Kicap Simple

Ikan di goreng

Bawang putih
Bawang merah
kicap secukupnya
Cili padi potong 2
Cili merah besar potong panjang
Sekeping asam keping
Air secukupnya.


Cara:
Goreng ikan siap ketepikan.

Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, lada merah hingga naik bau. Masukkan air, kicap, ikan dan asam keping. Tunggu 5 minit, pastu masukkan garam dan perisa kalau perlu. Bagi kuah pekat sket, tutup.




Coretan

Norhafizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..