30 April 2010

Ikan Siakap Bakar & Air Asam


Menu simple dinner semalam. Dah lama berhajat nak membakar ikan setelah hampir dekat 2 tahun aku tak membakar arang di belakang rumah. Alasan aku, dua tahun lepas jiran sebelah rumah dan belakang aku start mengrenovate rumah dia.... selama tu la pekerja dia siang malam dok tung tang tung tang dari dapur bawak le ke depan rumah... aku ni maleh la nak keluar belakang rumah. Dengan habuknya....segalanya tak selesa langsung. Dulu sebelum dia renovate, rajin gak aku membakar ayam ikan belakang rumah. Lepas dari tu aku bakar dalam oven..tp tak sedap le..

Semalam gi beli tempat bakar arang. Jenis macam baldi besi taruh simen tu kan..Rm14 ko...ble tahan harganya. Menggagau belakang rumah, aku jumpa balik arang dekat 2 tahun lepas punya. Sikit lama nak membakarnya...dah tepu sejuk basah kan... kena guna kayu buat umpan baru terbakar... Ini lah hasilnya... sedap le sangat..cicah ngan air asam.... esok boleh bakar ayam pulak.. :)



Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..