Pages

30 April 2010

Pesta Buku Kelantan 2010


Malam tadi selepas Maghrib kami memulakan pula jelajah ke pesta buku yg diadakan di Dewan Jubli Perak,MPKB Kota Bharu. Lokasi dekat je dgn Pameran Ternakan & Pertanian tu. Sebelah menyebelah saja. Setiap tahun memang pesta buku ini diadakan di dewan ini. Penaja utama adalah Syarikat Muda Osman yang memang tersohor sekali di Kelantan dan pantai timur sebagai pembekal buku dan majalah di sini. Kebanyakan buku yang ada adalah untuk rujukan para pelajar. Bertuah budak-budak zaman sekarang..macam-macam jenis rujukan ada. Tak macam kita dulu ye dak... mana yang ada, itu la diguna... buku latihan pun kurang. Harapkan kerja sekolah dan latih tubi yang cikgu bagi kat sekolah je kan....erm... *sebenarnya, lebih kepada ketidakmampuan nak membeli buku pun.... guna je mana yang ada...buku abang...pinjam library....

Di sini tidak seperti kedai buku terkenal di Kuala Lumpur.. aku memang mencari sangat buku-buku kraf terbitan luar negara (har har har...mimpi ler ko...) kut ler tersesat senaskah dua, tetapi hampa lah.....




Aleeya Sofia Nazira memilih buku dia. Aku suka kalau dia beli buku cerita. Since dia pun dah darjah 1... semangat membaca sedang membara.... biar la dia membaca... dan aku tahu dia memang minat membaca...


Ramai juga orang sudah memenuhi ruang dewan...



Ahkak yang sudah slim berposing bersama anak daranya...kih kih



Pemburuan buku seterusnya bermula............ diekori heroin-heroin ku....



Ini ruang parking dewan untuk buku-buku pilihan yang sangat murah. Buku kanak-kanak terpilih pada harga lima posen, seringgit, 3 ringgit dan majalah-majalah lama terbitan Karangkraf boleh beli pada harga sangat murah...

Akhirnya aku beli buku masakan Thai dan buku design sulam manik Rosita Jafar... buku masakan Thai tu, aku dah belek buku dia tadi...... SEMUA masakan dalam tu adalah KEGEMARANku... jangan ler aku naik berat pula lepas ni dah ler.... memang aku suka lah!!! padan dengan harganya .... hu hu..... harap berbaloi baloi....




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

1 ulasan:

  1. Pesta Buku Kelantan 2011 muncul lagi. akan berlangsung dari 29 Mac 2011 hingga 04 April 2011 dari jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 malam setiap hari. jumpa di sana

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..