16 Mei 2010

Biskut Coklat Chips Rangup Mei 2010


Rasanya sudah hampir 5 hingga 6 bulan kut aku tak buat biskut. Last buat dulu waktu bulan puasa dekat Raya Puasa tahun lepas.

Malam tadi, eh dah pagi pun... aku gigihkan juga membuat biskut Coklat Chips Rangup ni untuk anak aku Zulaika Ardini yang ada jamuan Hari Guru di tadikanya. Setelah membelek di dalam peti ais dan dalam bakul barang masakan, aku dapat la sikit bahan untuk buat biskut. Nak buat kek memang tak ada bahannya pun...dengan telur tak cukupnya... jadi aku pun ambil mana yang ada....

Jika ikut resepi asal, guna badam yang dihancurkan.... badam yang ada pun dah xpired, jadi aku ganti guna kacang tanah goreng yang aku tumbuk lumat.... ada lagi beberapa bahan aku gantikan sebab tak ada..... jadi biskut ni kita boleh ejas ejas la nak tambah atau kurangkan bahan untuk kelainan...apa pun, rasanya bagi aku sama je....

Mula menguli doh jam 1.00 pagi....berakhir pada jam 3.00 pagi... memang pilih nak buat pagi buta gini, tunggu anak-anak tido dulu baru boleh buat dengan aman....


Resepi
Biskut Coklat Chips Rangup

(BAHAN A)
125 mentega
125 butter
160 g gula halus *aku guna 150g je..
1 sudu besar sortening
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla


bahan yang dicampur dan adunkan sebati (BAHAN B)

250 g tepung
20g serbuk koko
50g serbuk badam
50g coklat chips
50g nestum
20g coklat urai *boleh ganti apa2 bahan lain kalau suka


Cara:

Pukul Bahan A sehingga sebati...guna senduk pun ok...kemudian campur saja Bahan B dan gaulkan sehingga sebati. Panaskan oven dan sudukan doh ikut la saiz besar mana, kemudian susun dlm loyang. Bakar 15minit dan sejukkan.




Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..