12 Mei 2010

Kerabu Udang dan Kacang Botol


Menu malam tadi. Antaranya kerabu Udang. Aku campurkan sekali kacang botol untuk dijadikan ulam. Kiranya 3 in 1 lah. Sengaja buat sedikit, nampaknya sekejap je dah habis. Lauk malam tadi juga ketam masak lemak. Memandangkan ketam yang aku beli di Tesco tu tak fresh, maka rasanya memang tak berapa sedap. Tapi Aleeya memang suka ketam ni. Sekejap je habis nasi dia makan sebelum pergi kelas Qiraati.

Udang kalau beli di Tesco memang fresh. Saiz XL sekilo RM16. Memang puas hati...



Tayang sikit nasi goreng pagi semalam. Ada lebihan nasi malam tu, aku goreng buat nasi. Goreng pun guna perencah segera Nasi Goreng Kampung jenama *****. Emmm komen aku, tak sedap! Sedap lagi kalau tumbuk sambal belacan dan goreng manual satu persatu. Baru terasa air tangan...guna yang segera ni, ermm rasanya pun biasa-biasa saja.... Sudahnya, tak de sapa pun makan. Aku pun makan sikit je...



Coretan,

Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..