Pages

31 Julai 2010

Cinamon Bread Roll


Cinamon Bread Roll ini lagi sedap kalau tabur gula perang tu sebanyak mungkin.... Aku buat roti gulung bertabur gula perang dan serbuk kulit kayu manis ni pagi semalam (jumaat). Terajin amat, awal pagi lagi sudah bangun... ingatkan budak-budak ada kelas Piano... at least ada la sarapan dorang.. rupanya kelas tak ada minggu ke-5.

Apa pun, bangun je tido...bau wangi sampai ke dalam bilik dorang agaknya... masak je roti ni terus makan seorang 2 ketul dengan minum air teh. Jarang dapat minum air teh sekarang sejak ada Rx-Water... aku bagi minum air plain je. Bawak bekal ke sekolah pun plain water. No sweet water anymore. Biasa kalau sekolah biasa mmg tak habis pun bekal tu sebab aku tau dorang gi beli gak air manis kat kantin... tapi kalau bawak pergi mengaji (2jam) sah sah balik aje mesti kering bekal air... hehe dahaga la tu bila kena mengaji 2 jam berturut-turut. ~ lagipun gula semakin mahal.. berjimat cermat lah.


Resepi Cinamon Bread Roll

300g tepung high protein
50g butter
1 bj telur
50g gula halus
100ml fresh milk suhu bilik
8g dry yeast
1 sudu kecil garam


**filling**
2-3 sudu kecil cinamon powder
60g gula perang
20g butter


**Icing**
50g cream cheese suhu bilik
20g butter suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik esen vanilla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..