11 Julai 2010

Tomyam Merah


Tomyam merah, merah tu tidak lah sangat.... aku beli lada kering di Tesco yang jenis paling pedas. Guna 3 biji pun dah berdesing pedasnya... jadi tidak lah merah sangat. Cuma beza dengan tomyam biasa aku buat, kali ni aku masukkan santan..


Resepi:

{Tumbuk Lumat}
Bawang putih
Bawang Merah
Sedikit lada hitam
Lengkuas
Cili kering


{Bahan}
Sedikit dada ayam
Udang
Sotong

Santan pekat
Air secukupnya
Jus limau
Serai
Daun limau purut
Sedikit minyak utk tumis


{CARA}
Panaskan minyak
Tumiskan bahan tumbuk lumat sehingga berbau harum

Masukkan santan,serta ayam,sotong,udang.. Sehingga mendidih,
masukkan serai,daun limau purut...tambah air jika perlu.

Masukkan garam dan sedikit gula serta jus limau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..