13 Julai 2010

Trip ke Petaling Jaya (WorldWellness)


Semalam 13.7.2010 aku terbang ke Subang menaiki Firefly dari Airport Pengkalan Chepa semata-mata telah berjanji dengan kakitangan WWN. Inilah tujuannya.

Penerbangan selama 1 jam 5 minit tidak lah lama mana... Adik lelaki aku telah sedia menunggu. Terima kasih Rangga sanggup ambil cuti tu... hehe Bukan apa, kalau ikutkan aku...aku nak lone rangers je... naik teksi menuju ke Petaling Jaya. Tapi dalam ingat-ingat lupa, dah berbelas tahun aku pernah sekali ke Subang Airport dari UPM menemankan kawan balik ke Sabah dulu. Tapi tak ingat la pulak kami naik apa ya ke Subang tu?? Kelupaan betul. Nasib baik adik aku free, kebetulan wife dia mahu checkup perut ibu hamil semalam...

Aku beli tiket ulang alik dalam masa sehari. Waktu pulang jam 6.10 petang. Sengaja pilih jam 6.00 petang takut tak sempat sampai ke airport pulak kalau ambil tiket jam 3.20petang. Maklumlah, jalan di sana sentiasa jem.





Proses taklimat dan pembelian tidaklah lama mana. Sementelah aku pun sampai ke HQ dalam jam 10.00 pagi gitu. Nasib baik kakitangan tersebut ada di kaunter depan. Jam 11.30 pagi telah selesai.... menanti pula aku penaja yang memperkenalkan dunia MLM/Rx-Lite ini pada aku.... alang-alang dah pergi KL, mesti la jumpa... kami dah kenal lama juga di alam maya (sama-sama peniaga online). Cuma tidak pernah berjumpa... kalau tidak kerana Rx-Lite, memang tak jumpa la kut...jangan kata nak jumpa, entah-entah bila masa la aku nak merasa pergi KL kan.... Dapat juga jumpa Tiey yang biasa aku berurusan pembelian barang dengan dia.... :)

Dalam jam 11.40an gitu, sampai la penaja aku tu.... wah!!! riuh rendah jadinya HQ dengan gegar gempita suara masing-masing..tak puas bersembang...kejap benor... semua tajuk main selit-selit je...cerita tergantung tak habis....


Jam 12.45 gerak ke Subang nak ambil adik ipar yang halfday. Sempat makan tengahari kemudian langsung balik ke rumah dorang dulu di USJ16. Sempat la aku mandi + lelap sesaat dua, sementara dorang berdua pergi klinik.

Owh!! Aku sempat pergi ke Maycrafts kedai menjual alatan mengait.... hulala!! nak nangis tengok benang2 kait imported tu.... tapi duit je tak cukup... takkan nak beli dua tiga buku je.... tak cukup nak buat baju. Membelek habis satu kedai... memang lawa sangat. Sekadar buat baju sendiri ok la... puas hati beb. Lain kali la aku beli...... sekadar membeli aksesori mengait lah yang dalam bajet... di Kelantan benang import gitu memang tak ada.

Jam 4.30 gegas ke Airport semula... ngam-ngam sampai dlm jam 5.00 petang... Kapal terbang delay la pulak. Mungkin cuaca tak mengizinkan agaknya... sepatut berlepas jam 6.10 petang... jam 6.30 petang baru kami berlepas... itu pun dalam perjalanan merempuh juga hujan...

Time balik ni best! Dapat seat baek punya hasil bantuan kawan Eija... duduk pulak sorang kan... seronok la aku ambil gambar awan... memang cantik.... Belajar function baru dari Adik.. set "awan" untuk dapatkan penwarnaan biru yang clear.....


Pemandangan di atas fireflyz, waktu jam 7.15 petang. Mentari jingga melabuhkan tirainya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..