Pages

2 Disember 2010

Sotong Sumbat



Sedap tau sotong sumbat ni...puas hati makan. masa kecik2 dulu mak aku rajin buat sotong sumbat. rasanya memang sedap. sekarang dah jarang makan le... tu sebab rajin2 aku cari resepi sotong sumbat yang supeb! akhirnya dapat... suka!!

korang boleh 'ejas' sendiri ramuan dan berapa ekor sotong nk masak ikut la berapa mulut nak makan...senang je...agak2 gitu.


Resepi Sotong Sumbat


Bahan A
sotong bersihkan.
1 labu bawang besar dihiris kasar
1 ulas bawang putih
5 sudu sos tomato
5 sudu sos cili
2 sudu cili kisar
1 sudu teh gula *aku guna gula perang
1 pokok daun bawang
2 sudu minyak masak

Bahan B (bahan sumbat)
beberapa ekor udang buang kulit
sebiji telur (nk pakai 2 biji boleh kalau sotong byk)
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
2 biji bawang merah
1 pokok daun sup
minyak utk masak
garam secukupnya


Cara masak bahan sumbat
1. panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, udang dan kacau rata
2. masukkan telur dan biarkan hingga keras.kemudian hancurkan
3. masukkan garam, cili merah, cili hijau, daun bawang & sup. kacau rata
4. tutup api dan ketepikan
5. sumbatkan ia kedalam perut sotong dan kepala sotong sebelum semat dgn lidi/buluh halus.


Cara masak sambal
1. panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga wangi
2. masukkan sos tomato, sos cili dan gula. kacau rata
3. masukkan sotong dan masak hingga mendidih @ kering air sikit
4. masukkan dlm pinggan hiaskan daun bawang.


selamat mencuba

5 ulasan:

  1. nampak sedap...

    tp kan...bila sotong basah..masak macam ni..masak sambal ke...sy jadi loya...mmg sy tk sentuh sotong tu...melainkan sotong celup tepung..itu sy tk loya pulak...

    enth kenapa sy mcm tu pun..sy tk pasti...

    kalau sotong yg coklat tu..sy makan...sotong kering ke..ok.. :)

    pelik tak..?

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    HEART ATTACK

    BalasPadam
  2. Tak pelik..

    itu citarasa masing2lah kan.. sy tak kisah asalkan sotong tu besar. Kering, bakar, salut tepung, masak kicap semua sedap. tp skrg kn kurangkan, sy ada resdung lagi byk makan mknan laut, cepat la kena serang..bersin2..gatal2 hidung..

    BalasPadam
  3. hai ashue..selamat berkenalan..lapar ke? boleh cuba masak..ratah hat sumbat tu pun sedap jg.. ^_^

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..