3 Januari 2011

Zulaika Ardini pertama Tahun 1


Anak kedua aku sudah masuk tahun 1. Dari segi mental dan fizikal rasanya dia dah bersedia memasuki fasa baru pendidikan. Nampaknya tak ada kerenah yang menyakitkan hati aku..hehee.. aku gerak jam 6 pagi untuk mandi, macam biasa dia bangun...pakai baju...tudung... OK la, dia happy.

Kami sengaja pergi awal... biasa la, datang awal nk 'cop' tempat depan.. anak aku kalau duduk belakang, alamat berangan je la minah ni. Datang lambat pun ada yang tak dapat meja & kerusi..

Ini kelas sementara dia 1 Baiduri. Nanti ada buat xam khas untuk tentukan kedudukan kelas.

Waktu rehat yang kena pesan elok-elok... aku perati, dia kalau ada RM2, semua duit dia keluarkan hulur kat orang kantin... dah ler aku tengok sistem kantin tu kelam kabut... berebut2 budak nak membeli..........




Kakak dia ada di tahun 2..tp biasa la, orang dah ada kawan... kekadang pergi ke kawan..kekadang dtg ke adik... seronok sangat la tu..

Ok, esok kena awasi lagi si Zulaika ni...

1 ulasan:

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..