5 Januari 2011

Makarel Masak asam pedas


Ikan makarel kalau nak tahu, yang duduk diam dalam tin sardin tu... tapi hat ini fresh beli kat Tesco.. susah nak dapat ikan ni...ari tu pergi cari dah tak ada stok. pertama kali beli, rugi pulak beli seekor... rupanya masak asam pedas la paling sodapppp!!!

Kali ni aku buat masak asam podeh berlada hitam... memang sodap tak terhingga... resepi dari member blogger Chef Hanieliza...


Asam Podas Makarel Berlada hitam


Bahan A
Ikan bersihkan
daun kesum
asam jawa
cili giling/boh
air asam jawa
air secukupnya
garam
bahan perasa *kalau x nak ganti gula perang

minyak utk menumis

BAHAN B (KISAR)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit lada hitam
setengah inci halia
setengah inci belacan *aku x letak, masalah resdung menjadi2 pulak lately...

CARA:
  • tumis bahan kisar hingga harum..masukkan cili boh tumis hingga pecah minyak
  • masukkan air, asam jawa, daun kesum & ikan
  • renih hingga mendidih..masukkan bahan perasa & garam..
  • nk sedap, korang masukkan air tu, betul2 paras ikan je..jgn byk2 air..kang tak sedap...air sikit, lagi enak rasanya...

^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..