14 April 2011

Ikan Bakar Cicah Ayaq Asam


Punye la malas nk hidupkan bara api atas arang. Aku bakar ikan dalam oven jugak. Lagipun cuaca panas. Malas aku nak duduk luar. Campak ikan dalam oven, set masa..pastu gi joli tengok Korean Drama ~ Love You Thousand Times.

Simple je la dinner hari ni. Ada ikan bakar cicah ayaq asam. Sayur pulak aku buat sup je.. Adoi, berdenyut-denyut lagi gusi aku. Sakit!!! Agaknya kesan dari sakit gigi geraham bongsu aku yang berlubang dah ni. Erm punye bersungguh-sungguh aku jaga, akhirnya berlubang gak. Geraham hujung atas sekali. Dah la masa nak tumbuh dulu sakit seksa sungguh sampai demam-demam. Dah berlubang pun hazabnya sama juga. Memang nk kena cabut juga ni. Cemana la doktor nak cabut ye, rahang aku sempit. Mesti kena minor surgery...ayo yo yo.. tak pergi lagi jumpa doktor. Gigi pun tak cuci lagi ni... gigi Zulaika pun ada nak kena cabut juga tu... sediakan ongkos ya ibuk!!!

Esok kena attend meeting PIBG di sekolah anak-anak aku. Caiyoooo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..