15 April 2011

Mesyuarat PIBG kali ke-36


Pagi tadi 15.4.2011 bersamaan hari Jumaat dengan semangat yang waja aku menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah anak-anak aku. Mesyuarat kali ke-36 seperti yang dimaklumkan, tapi aku baru 1st time pergi maklum lah anak aku baru darjah 1 & 2. Tahun lepas ye la ayah dorang yang pergi.

Sampai je aku daftar nama. Cikgu tanda nama anak-anak aku. Aiseh, aku sebut nama anak aku Zulaika, automatik cikgu darjah 2 tahu nama anak aku yang sulung. Cewah!! Glamour korang kakak adik...

Pot pet pot pet Guru Besar, Wakil PPD dan YDP bagi ucapan.. persembahan budak sekolah..acara penyampaian hadiah pelajar cemerlang UPSR.. udah jam 11.00am. Hari dah makin panas..semakin panas juga la bontot Izzaty yang ikut aku ni.. habis dah makanan yang cikgu bagi tadi.. sudah merepek meraban dia ajak aku balik.. Gagah juga le aku tunggu sampai habis usul dibentangkan.

Lagi gigih aku tunggu kut nama aku BERTUAH dapat cenderamata..hu hu hu ~ tak beruah la pulak.... balik lenggang kangkung...


Dapat duduk dalam dewan yang dulunya adalah kelas-kelas sekolah pada tahun 1926. Antara sekolah tertua juga di kawasan sini.



Acara mencabut nombor bertuah. Tak ada rezeki.. tak pernahnye dapat pun ^^..



Peace yall!! Mood tengah baik ni..baru duduk.

OK dah tahu cemana meeting PIBG ni... tahun depan pergi lagi...

2 ulasan:

  1. syukri, meeting apa saja yang menariknye..hehe perbincangan macam biasa ibu bapa & guru2...^^,

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..