22 Julai 2011

Acu & UPSR




Adik bongsu aku, 12 tahun akan menduduki UPSR tahun ni. Insya-Allah bakal menjadi pelajar cemerlang di sekolahnya berdasarkan rekod pelajarannya dari tahun 1 lagi.

Hanya kami berdua je perempuan. Dulu, selama 20tahun aku tunggal perempuan tahu?? Hehe dah masuk UPM, baru dapat adik baru yg tidak dijangka selepas adik lelaki last aku tu berusia 15tAhun. Rezeki mak abah dan kami sekeluarga.

Dia la penceria kami adik beradik.. Selama ni, tolong jaga anak jiran je.. Dh ada adik kecik boleh la buat kacau kasi nangesss. Tp dia mmg lain dari yg lain. Dari kecik mulut macam bertih jagung!! Sampai la sekarang pun. Tak heran di sekolah dia la duk depan waktu assembly.

Apa yg dia jadi sekarang berkat tunjuk ajar abang kakak dia juga.. Hehe yang baik dijadikan tauladan, yg buruk jgn ikut. Semua jaga A'ah tahu?! Kalau A'ah buat salah kami semua akan marah..

Tinggal dia je peneman mak dan abah. Semua kami dah berkahwin dan bekerja. Most of them berada di KL.. kakak je paling jauh.. Nasib ada internet, boleh pantau dia dari jauh.. Kalau x kena, kakak sound direct je. Kakak garang tahu?! Oh... Ini semua org maklum.. Meahahaha

Kakak harap Acu berjaya UPSR. sama mcm trial hari tu ~ dapat 5 A kan..

Nanti belajar lagi pandai bila dpt masuk asrama penuh k. Masuk la asrama, boleh berdikari. Kakak dl teringin nk masuk asrama masa form 1. Tp x ada rezeki.. Masa form 3, abah x bagi sebab x mampu.. Kan, waktu tu semua kami bersekolah.. Mana ada duit. Nasib baik ada peluang lepas SPM. Bersungguh tahu kakak nk dapatkan pangkat 1.

Kakak harap bila A'ah dah berjaya jgn lupa kami.. Jgn lupa abah & mak tahu.. Belajar rajin-rajin.. Jadi contoh pada anak-anak saudara pulak.


caiyoooo ACU!!!!








- Posted using BlogPress from my iPhone

3 ulasan:

  1. itu lah,,go a'ah....banggakan mak gn abah

    BalasPadam
  2. banggakan kita sekeluarga... caiyoo acu!! anak sapa la hebat tu ye...

    BalasPadam
  3. huhu .. tryer dh mmg kompom 5A ..
    thanks ,akak !!

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..