11 Julai 2011

Brownies Marble Keju




Lama......................
Lama betul aku tak membakar kek ke..biskut ke..apa2 lah.. Ramadhan nk datang ni.. tengok orang dah mula promosi biskut raya di facebook. Aku pulak terliur...huhu kena mula warm up dah ni nak membuat biskut. Kelmarin aku dah dapat buku resepi biskut dari Kak Hanieliza. Bertahun tahun banyak juga biskut aku buat adalah dari resepi beliau. Memang jadik!!

Marble Cheese Brownies ni pun salah satu koleksi resepi kak hanieliza tau. Best!. Kita kongsi la resepi ni di sini.. kalau rajin boleh terjah selak di blog dia sendiri.


BAHAN A
180g mentega
120 g gula halus
2 biji telur
1 sudu esen vanila
30g serbuk koko (ayak)
120g tepung naik sendiri (ayak)
sedikit pes coklat

BAHAN B
250g krim keju (sebuku la tu..)
60g gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur


CARA:
  • pukul menterga bersama gula hingga kembang dan ringan
  • masukkan telur satu per satu
  • masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla dan serbuk koko yg sudah di ayak
  • DLM MANGKUK LAIN, pukul Bahan B hingga kembang
  • Asingkan sikit bahan B dan campur dengan pes coklat
  • Tuang Adunan A ke dalam loyang 8 inci dan ratakan. Kemudian lapiskan dengan Bahan B
  • Lorekkan garisan yang di paip dari plastik khas iaitu cheese coklat tadi tu
  • Bakar 1 jam pada suhu 160C.
  • Sejukkan sebelum di potong dan hidangkan..





Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

2 ulasan:

  1. sodap!!!!..pinggan tu cantik banget...

    BalasPadam
  2. sedap kak..lembut je..dulu pernah buat, tp tak gebu mcm ni..tak ingat ikut resepi sapa..

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..