Pages

10 Julai 2011

Gulai Tempoyak Pucuk Kayu


Akhirnya dapat juga aku masak gulai tempoyak pucuk kayu. Segala ulam yang ada di pasar aku beli. Tak ada pulak peniaga jual pucuk kadok ye.. ye la, mana ada orang nak makan sangat pun.. ok periksa resepi k. Dapat dari blog Mat Gebu.



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi, dimayang halus
1 cekak pucuk labu, dimayang halus
15 helai daun kaduk muda, dimayang halus
20 helai pucuk kacang panjang, dimayang halus
7 helai daun kunyit, dimayang halus
3/4 cawan isi petai (3 papan petai)
5 batang serai, dihiris halus*
2 inci kunyit hidup*
4 camca besar tempoyak*
1/2 cawan cili padi*(*dikisar halus)
1 cawan ikan bilis, belah dua, rendam 5 minit, toskan dan tumbuk kasar
1 1/2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali bersama pati santan dan ikan bilis. Masak hingga mendidih.
  2. Bila kuah tadi menjadi pekat, masukkan petai dan asam gelugor, kacau rata, biar sekejap dan masukkan pula semua jenis dedaun yang telah dimayang halus, gaul rata dan tambah garam dan gula secukup rasa.
  3. Masak dengan api perlahan sambil dikacau hingga pekat dan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Alihkan ke dalam bekas sesuai, hidangkan bersama nasi hangat....


Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..