Pages

23 Julai 2011

Restoren Hoover, KB dan kawasan berhampiran



Hari ni Sabtu. Macam biasa jam 9 am hantar anak2 kelas mewarna. Tapi hari ni tukar planning sket. Gi hantar PJN kuda putih aku servis. Erm dah servis 7.7.2011 aritu.. Tp kali ni lampu handbreak dia menyala la. Bahaya wo kalau melibatkan breake ni. mana tau ada bocor ke.. Ni masuk 2x g servis dlm masa 2minggu (last week pasal handbreak juga..dia dah tukar,tp nyala pulak 2 hari lepas kat dashboard tu). Ye ler, yg membawaknye aku pun.. Anak2 ada dlm kereta pulak, bahaya. Rupanya masalah dalaman. Dah setel. Free lagi sebab masih under warranty. Kalau berbayar sure ratus terbang!

Lepas habis kelas mewarna, gi hantar tuisyen BI pulak. Erm ni dekat 2 jam aku melangut di Smart Reader tu. Hahah ngantuk sehhh... Bejuta kali menguap. Hall ada aircond, rasa nk baring je situ. Layan Izzaty main kat playground. En somi pula jumpa customer dia..

Balik dari kelas, en somi lanjer di Restoren Hoover ni. Tu diaaa... duduk je depa terus hidang kooo.. Penuh meja. Tekejut aku! Kami pilih nak makan udang, kari kepala ikan, ayam kampung goreng, bagedil. Yang lain semua tolak balik. Ada telur penyu.. Idok la sanggup aku nk makan.. X penah rasa.. Kang semacam rasanya, terus ilang selera. Nanti2 la aku rasa cemana kan.. Kena ada geng nk rasa br sedap.. Kalau aku sorang je, pakat kena gelak je nanti. Hoover ni nk kata ala mamak pun entah ler..tp nampak macam ye. Restoren lama juga ni. Pinggan dia antik je semua. Tp aku x berapa la kalau mamak style ni. Sesekali 'layan' aku ok je...







Sempat membeli buah jambu pada makcik ni di luar restoren. Seplastik dia siap bungkus tu RM10. Jambu batu tp tak de biji katanye... ada buah langsat dan buah naga juga. Tapi buah naga aku dah tau, anak2 aku bukan makan pun..aku pun x makan gak..buat rugi je beli. Baik beli jambu, sah sah makan punyer...







Bazar Tuan Padang salah satu tempat shopping. Salah satu tpt menggantikan Pasar Besar MPKB. aku pun x penah tengok lagi kat situ.. Dah lama x cari stok. Nanti ler.. Sebab dah ada byk bazar sekarang di kota bharu, di perbaharui dan dibina baru menggantikan Pasar MPKB tu.. Sediakan aja ongkosnyaaa... Lokasi bazar ni di roundabout jam besar, tak jauh dari Pasar MPKB. Boleh nampak lah kalau pergi Kota Bharu tu.. Agak dekat jg dgn hotel2 bajet dan hotel 2,3 bintang berhampiran di KB.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..