Pages

7 Julai 2011

Zoo Taiping

Siaran Tergendala.


Cuti sekolah bulan 6, macam biasa kami sekeluarga balik kampung Pahang-Perak-Kedah-Kelantan. Balik dari Sungkai, Perak langsung menuju ke Kedah. En Husband ada kerja di sana. Dalam perjalanan singgah sekejap di Zoo Taiping. Ermm...banyak renovation dan dah tak serupa seperti 3 tahun yang sudah.. Ok lah untuk hiburkan hati anak-anak.

Pergi waktu cuti sekolah, ramainya pengunjung sehinggakan kena tunggu giliran untuk masuk parking kereta. Tiket macam biasa agak mahal berbanding waktu hari biasa.. Kalau dulu kami bertapak jalan kaki dari satu lokasi ke satu lokasi. Kali ni dah tak larat wooo..mungkin faktor usia heh heh.. kami naik keretapi. Tu pun puas juga menunggu di tempat keretapi tu mengikut giliran.

Keluar dari zoo sudah nak malam. Letih jangan cerita lah... rasa nak merangkak pun ada. Itu pun pengunjung tetap ramai menanti waktu malam nak masuk Night Safari pulak. Terpikir juga aku, apa yang hendak di lihat malam-malam.. binatang tak berapa nk nampak pun *SIGH*






Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..