14 September 2011

Pizza hut, home deco handmade dan asam pedas keladi

Tengahari tadi makan pizza hut yang baru tu. Mula sampai memang lah lapar sangat. Pelanggan tak lah ramai mana. Order set 2 dengan air pepsi 1 jug. Tunggu agak lama, habis makan side dish dengan minum air. Last pizza sampai, makan 1 slice je sbb dah kenyang. Itu pun dorang boleh lupa nk hantar salad kami. Bila bayar di kaunter.. Benda termasuk dalam senarai. Dah buang masa nak kena tunggu. Lecey sungguh la. B
Masuk ni dua kali dah kami kena macam ni. Salad mesti lupa nak hantar. Kalau kena kat kaum apek tsu la kena maki hamun. Ceh!

Balik pergi kedai Kelantan Union. Wah makin besar kedai tu. Nak beli benang halus minlon, tapi habis stok sbb dorang br renovate. Beli borong juga la warna putih dua dozen. Nampak buku crochet zaman 80-an. Belek-belek tengok. Banyak tak berapa berkenan. Kak Yah boss kedai tu suruh aku ambil buku tu satu. Ei rezeki wei. Org nak bagi free. Aku cari lagi sekali, ada dua buah aku kira bagus juga. KAk Yah bagi free dua buku. Suka! Suka! Coz kalau ikut buku tu rare dan old school.

Petang tadi menjahit pemegang pintu peti ais dan hand towel matching. Penat lah, lama x jahit benda macam tu. Hilang skill rasanya.. Kena kerap lagi mencuba ni....


2 ulasan:

  1. hikhikhikhik..da lama tak jahit bende alah tu..

    BalasPadam
  2. suke ye cik Sue.. kite pun dah lama giler tak jahit benda kecik2 macam ni.. dekat 3-4 tahun gak kut... letih je rasa kena tetas jahit, tetas jahit...hahah

    BalasPadam

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..