5 Oktober 2011

Bubur Kacang Menu Minum Petang

Dah seminggu selsema. siap demam lagi. Badan dah sakit-sakit. tekak tak selera nak makan nasi.

Macam teringin nak makan bubur kacang. T/hari tadi pergi la cari barang... tu dia, petang ni masak seperiuk. Nampaknya, sampai esok boleh tahan. :)

Cuaca dua tiga hari ni asik hujan di waktu petang. Tadi Aleeya bagitahu ada sukan di sekolah. Tiba-tiba hujan turun 2.30 petang. Aku cakap, tak payah pergi la.. last month pun pegi Cikgu tak datang. Ada ke patut? Lagipun padang basah. Nak sukan apanye? -- molot moncong je tak puas hati.

Tiba jam 3.00 ptg hari pun cerah... aku suruh je dia bersiap. Siap aku bekalkan air lagi. Hantar juga la dia... sampai sekolah, tak ramai pun budak. Aku tunggu kejap. Tak nampak pun kawan dia datang. Aku bagi no. telefon kalau tak ada, nanti calling je aku.

Tak sampai 15 minit sampai rumah telefon sudah berdering. hahahah dia cakap itu sukan untuk budak darjah 4-6 saja. Haaa kan!!!!! mujur bagi no. telefon. Kalau tau, tunggu la situ sampai jam 5 karang baru aku gi ambil.




Sampai rumah, makan lagi semangkuk bubur kacang. Sedapnye.....





Coretan,
Fizan Wan Pani

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..