24 November 2011

Wang Bantuan Persekolahan RM100

Minggu lalu terbaca status rakan-rakan di facebook, mereka masing-masing sudah ke sekolah ambil wang RM100 seperti yang di war-warkan oleh media. Kementerian telah memperuntukkan hampir RM590 juta untuk diberikan kepada semua pelajar yang ada di Malaysia ini sebagai bantuan persekolahan mereka, lagi2 bagi pembukaan sekolah tahun depan..

Aku kira, kami sudah terlepas memandangkan seminggu lagi sekolah nk cuti, kami dah pun cuti sendiri selama seminggu...ingatkan anak aku dah terlepas surat dari sekolah.. rupanya sekolah anak aku lambat lah dapat.. baru hari ni boleh ambil.

So, jam 10.30 pagi kami pergi singgah sekolah dulu sebelum berangkat ke Kedah. Cuaca kebetulan aje ni tak hujan.. tapi mendung... Mujur masa sampai masuk pagar, ada pakcik tu beritahu aku suruh daftar dulu dan ambil kupon... kalau tak, melenggang aje pergi dewan....




Lama juga nak tunggu. Dekat 2 jam.. GB lagi nak berucap..wakil Pejabat Pelajaran lagi nak ucap.. dalam dok ucap tu, hujan turun la pulak..berlari menyelamatkan diri lah ibu bapa yang duduk luar.. dewan mana muat nak masuk semua...




Waktu nak ambil tu, jadi le jahat sket.. ramai yang potong Q kan.. lagipun dah 2 jam suami den nunggu dlm kereta tu... hari nak ujan..masing-masing berebut potong Q..hehe Alhamdulillah lancar juga... dapat RM200 untuk 2 orang anak sekolah...

Boleh la beli baju sekolah,kasut,beg baru untuk tahun depan. Aleeya tahun depan jadi Pengawas Pusat Sumber. Perlu juga membeli kasut,baju baru warna coklat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..