3 Januari 2012

Izzaty hari pertama tadika

comel jek dia..hihihi

Hari Pertama Izzaty bersekolah. Umur 5 tahun. Kali ni dia bersekolah di Mawaddah, Wakaf Bharu. Kakak dia dulu Mawaddah, Paloh.. Jauh sket dari Wakaf Bharu... Minta Pra-Tadika di sekolah kakak dia, tak layak kut... tak dapat.. hihihi


waktu ni dia ok lagi sebab nampak aku dok tunggu dia.. hihi

Muka suka lagi... haha

Pukul 1 petang baru aku sampai di sekolah dia.. aku ambil kakak dia balik sekolah dulu... sampai je, nampak dia dah menangis...bengkak dah mata dia... elok dia nampak aku terus meraung... huuuu marah-marah aku sebab tinggal dia... hiii terpaksa aku bohong sunat.. aku cakap aku pergi pasar beli sayur... itu pun meraung lagi sampai dalam kereta. Masuk aje kereta, dia nampak kakak dia hulur kacang. Senyap terus. Itu pun tak berenti tanya aku kenapa tinggal dia... Tak lama dah, elok la mood dia. Cerita dia makan apa.. ada kawan ramai.. buat apa.. sampai part menangis sebab kena tinggal.. haha

Esok mahu lagi pergi sekolah. Dah pujuk tadi.. dah keluarkan buku dia esok.. Esok kena tunggu la dia kejap.. pastu kena ambil dia dulu la... kalau tak, ribut la Wakaf Bharu.. ahak ahak

Balik sekolah umpan dia pakai baju baru sekolah. Suka la tu..tak nak buka!
Kat kelas duduk depan.. esok tak tau kat mana dia boleh duduk...ejejeje

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..