28 Februari 2012

Ros 27 Feb

Assalam...

Cuaca semakin panas ya sekarang. Berbahang hingga kemalam hari. Mujur rumah 2 tingkat. Ok lah, boleh tahan.. Kalau masih ingat dulu duduk rumah teres, memang menggelupor la siang malam kepanasan. Siang malam budak tak pakai baju, panas! Tidur malam lagi la....

Pokok ros ni suka panas. Tapi tegok jenis juga. Terlalu panas pun tak ok juga untuk bunga. Jenis yang tak tahan tu akan cepat melecur kelopaknya..

Pada saya bagus panas panas ni, proses penyerapan nutrien oleh akar akan lebih efektif dan menyeluruh. Pokok cepat berbunga dan berdaun.

Ini saja bunga minggu ini. Banyak pokok saya sedang rehatkan berbunga. Saya nak gemokkan dia berdaun dulu...

Hari ni ni Kedah lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..