Pages

26 April 2012

Rose & Laman

Assalamualaikum...

Saja nak update di diari hati... Lama bersawang ye. Bukan tak de cerita. Ada.. dalam bertongkat pun aku tetap siram pokok bunga. Tapi sehari sekali je... Kekadang x larat sangat baru arahan komandan diberikan kepada encik somi tolong buatkan ekeke..

Cite pasal rose, baru baru ni gambar bunga rose aku id: Chantek terpilih disiarkan di majalah Laman. Ok la saja je hantar.. Dah terpilih tu kira bagus la kan.. Saja nak meriahkan suasana.. Gambar bunga je, bukan tuan bunga. Kalau tuan bunga harus kemvang kemfis hidung gak kan.. Apa barang kalau tuan bunga bergambar dengan tongkat pulak.. Hahah

Yang rasa tak berapa best tu.. Ada la orang ni tiba tiba inbox aku di facebook kekunun wish gambar bunga masuk mag. Emm aku hairan gak. Motif apa dia ni? Aku jawab la, alah biasa biasa je... Dia boleh reply balik "ok la tu, dapat juga masuk" emm maksud dia apa ek? Aku mula la rasa nk menyirap darah ni.. Lahai, kalau setakat bunga je dia tulis mcm tu, aku sebelum ni ada la byk kali keluar paper.. Biasa je... Dia baru sekali keluar muka boleh plak tulis mcm tu kat aku haaaih!!

Alah, gambar je.. Tak de berkudis pun. Laman aku, aku punya suka la kan. Aku yang bela pokok aku.. Bukan senang gak nak bela. Banyak modal aku keluar. So setakat sekeping je, saja suka suka lah... Kalau keluar berpuluh keping baru la hingaq satu kampung ekekekekk

Ok lepas kaki baik, aku try duduk dpn komputer bukak satu blog baru tentang laman batu aku je.. Laman aku x beso mcm org lain.. Tp aku cuba la ek.. Doakan kaki aku cepat sembuh ya.. Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen berhemah dari anda amat di hargai... terima kasih..